Terma & Syarat Penggunaan

Kemas kini terakhir: 15 Apr 2026

Dengan mengakses dan mendaftar di Sistem Peperiksaan ORAE Hamfinity, anda bersetuju terikat dengan terma dan syarat berikut:

1. Sifat Perkhidmatan (Penafian)

Portal ini disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan dan simulasi (Mock Exam) persediaan Radio Amatur. Ini BUKAN portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kelulusan di portal ini tidak menjamin kelulusan dalam peperiksaan MCMC yang sebenar.

2. Tanggungjawab Pengguna

Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan akaun masing-masing. Anda dilarang sama sekali menggunakan sistem ini untuk tujuan menyalahi undang-undang, mencuba menggodam (hacking), atau mengganggu kelancaran pelayan (server) kami.

3. Penamatan Akaun

Pihak pentadbir Hamfinity berhak sepenuhnya untuk menggantung, memadam, atau menyekat mana-mana akaun pengguna yang didapati melanggar terma penggunaan ini tanpa notis awal.

← Kembali ke Halaman Log Masuk